Erdogan berikrar kembalikan hukuman mati

in Global by


ANKARA – TURKI. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, pada Rabu berkata beliau akan menyokong hukuman mati jika parlimen mengemukakan cadangan berhubung perkara itu, lapor agensi berita China Xinhua.


Erdogan berkata demikian selepas satu serangan pengeboman, yang dipercayai dilancarkan oleh militan Kurdish, telah meragut nyawa seorang ibu dan bayinya pada Selasa sekali gusĀ  mencetuskan kemarahan di seluruh negara itu.


Bercakap pada majlis pengkebumian kedua-dua mangsa, Erdogan berikrar untuk terus memerangi pejuang Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang telah diharamkan “sehingga hanya tinggal pengganas yang terakhir.”


Beliau mengulas desakan agar hukuman mati dikembalikan daripada anggota keluarga mangsa yang sedang berkabung.


Pada 31 Julai, sebuah bom yang ditanam di tepi jalan telah meletup menyebabkan isteri dan bayi berusia 11 bulan seorang tentera Turki terbunuh di tenggara wilayah Hakkari.


Turki telah memansuhkan hukuman mati pada 2004 sebagai sebahagian daripada langkah untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU). – Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]