Israel sekat minyak, gas ke Gaza

in Global by


TEL AVIV – ISRAEL. Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman mengarahkan supaya bekalan minyak dan gas disekat daripada dibawa masuk ke Gaza melalui Karem Shalom.


Langkah itu kononnya bagi membendung serangan belon dan layang-layang berapi dilakukan rakyat Palestin.


Difahamkan, Karem Shalom satu-satunya pintu sempadan Gaza dan dunia luar untuk membawa barangan.


Tambah Lieberman, arahan itu berkuatkuasa hari ini sehingga ke suatu tarikh penarikan balik yang akan diberitahu kelak.


Kebimbangan Zionis terhadap serangan belon dan layang-layang berapi di wilayah didudukinya semakin meningkat susulan dua kebakaran di selatan Israel pada Jumaat lalu.


Sekatan kemasukan gas dan minyak ini adalah yang kedua dilakukan Israel.


Julai lalu, Liberman mengarahkan sekatan yang sama dibuat susulan serangan oleh Palestin.


Bagaimanapun, rejim berkenaan menarik balik arahan selepas pejuang Palestin yang disyaki terbabit dalam serangan itu dibunuh. – Haaretz

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]