Issey, Shah Hazvee bantu mangsa kemalangan

in Hiburan by
Pelakon Issey & Shah Hazvee

Issey, Shah Hazvee bantu mangsa kemalangan


PELAWAK dan penyampai radio, Issey Fazlisham turun membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan di jalan PJU7/15, Damansara Mutiara, sekitar jam 2.33 petang tadi.


Mangsa yang menunggang motosikal ketika kejadian, rebah di tepi jalan selepas hilang kawalan.


Walau bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan parah tetapi hanya luka kecil.


Dalam kejadian itu, selain Issey dan orang awam, turut dilihat pelakon baharu popular menerusi drama bersiri Monalisa, iaitu Shah Hazvee, 22, sama-sama membantu mangsa.


 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]