Kerajaan kaji semula pinjaman Tekun

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji semula kaedah pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) agar tidak membebankan peminjam.


Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof berkata, ini berikutan terdapat kos tersembunyi sehingga bayaran semula pinjaman terlalu tinggi.


“Saya lihat secara kasar ada usahawan terpaksa bayar balik, contoh kalau diambil pinjaman RM20,000 menyebabkan kos pinjaman lebih 25 peratus.


“Kita akan kaji kenapa kos pinjaman sampai 25 peratus sebab peminjam tidak mahu bayar kos itu,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.


Katanya, segi pengurusannya, pembahagian skim-skim pinjaman ini tidak mengikut amalan biasa.


“Kita tak salahkan sesiapa, tapi skim ini kita akan perhaluskan dan buat penambahbaikan supaya penerima mampu bayar balik,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]