Kerajaan Perak masih berbincang

in Uncategorized by


GERIK – Kerajaan negeri bakal berhadapan saman tinggi sekiranya terus memberhentikan projek pembalakkan diluluskan pentadbiran terdahulu.


Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya terpaksa membenarkan projek pembalakkan yang dihentikan sebentar selepas Harapan mentadbir negeri ini PRU14 lalu.


“Saya lihat banyak kelulusan dibuat pentadbiran dahulu-dahulu lagi dan kalau kita hentikan kerajaan negeri akan berdepan jumlah saman yang tinggi dan kita tidak mampu menjelaskannya.


“Bagaimanapun kita belum lagi memberikan kebenaran meneruskan projek pembalakan yang dihentikan kerana saya bersama rakan exco sedang mencari penyelesaian,” katanya ketika berucap meramikan Majlis Penanaman Pokok Gaharu dan Penyerahan Pakaian Seragam Sekolah Kepada Pelajar Orang Asli Belum Temenggor, di Belum Rainforest Pavilion, hari ini.


Ahmad Faizal turut mengakui dirinya menerima tekanan pelbagai pihak untuk meneruskan projek pembalakkan di negeri ini tetapi ia masih belum diteruskan.


“Saya dapat tekanan untuk teruskannya dan sekarang saya mempunyai kekuatan sikit menahan dari teruskan seinci pokok ditebang walaupun tahu pembalakkan antara hasil utama kerajaan negeri.


“Tetapi kita tak boleh tebang buat satu kawasan sahaja kerana nampak sangat rosak dan kita kena buat secara berkala dalam memelihara alam sekitar,” katanya.




 


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]