
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumkan polis mungkin akan memanggil Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran untuk diambil keterangan.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan semuanya bergantung kepada keperluan siasatan melibatkan Ahli Parlimen Ipoh Barat itu susulan kenyataannya yang menggelar Melayu sebagai pendatang, baru-baru ini.
Mohamad Fuzi berkata, beliau perlu memanggil pegawai yang terlibat dalam kes tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Saya minta maaf: Kula Segaran]
“Laporan banyak dibuat dan kita dalam proses lengkapkan siasatan. Saya tak dapat komen (adakah Kula Segaran akan dipanggil).
“Tengok kepada keperluan siasatan. Saya kena panggil pegawai-pegawai saya yang terlibat,” katanya dalam sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia, di sini, hari ini.
Kula mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila menggelar orang Melayu sebagai pendatang di Malaysia dalam ceramahnya di Negeri Sembilan, baru-baru ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kula Segaran enggan layan desakan lepas jawatan]
Kenyataannya itu menerima kecaman pelbagai pihak sehingga menyebabkan Naib Presiden itu meminta maaf dan menarik balik kenyataannya.
Source: SH Nasional
[featured-video-plus]