MCA bertanding di PRK DUN Balakong?

in Politik by


KUALA LUMPUR – Pemuda Umno akan menunggu keputusan pucuk pimpinan BN sama ada akan menghulurkan bantuan kepada parti komponen BN (MCA) yang bakal bertanding dalam PRK Dun Balakong.


Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya masih menunggu keputusan pucuk pimpinan BN dan MCA itu sendiri.


Menurutnya, jika MCA meminta bantuan Umno pihaknya bersedia menghulurkan pertolongan di PRK Balakong berkenaan.


“Kalau nak kekal independent tak apa tapi kita tunggu keputusan pucuk pimpinan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, tadi.


[ARTIKEL BERKAITAN: PRK Dun Balakong 8 September]


Asyraf berkata demikian Susan timbul desas desus MCA ingin bertanding secara bersendirian dengan menggunakan logo parti berkenaan.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]