MTCC lantik pengerusi baharu

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk K. Yogeesvaran, telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pensijilan Perkayuan Malaysia (MTCC) berkuat kuasa pada 27 Julai, 2018.


Ketua Pegawai Eksekutif MTCC Yong Teng Koon, berkata Yogeesvaran yang menggantikan Datuk Himmat Singh, akan membawa bersama pengalaman luas serta kepakaran beliau yang menyertai perkhidmatan awam selama 37 tahun.


“Bersandarkan personaliti sedemikian, MTCC pasti mendapat manfaat daripada pengetahuan dan kepakaran Yogeesvaran untuk menerajui agenda pengurusan hutan secara mapan menerusi Skim Pensijlan Kayu Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Yogeesvaran memulakan kerjaya beliau sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 1981.


Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Pengarah Bahagian Ekonomi Pengetahuan; Pengarah Bahagian Perkhidmatan Industri dan Timbalan Ketua Pengarah (Makro) EPU sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Setiausaha kementerian pada Ogos 2017 sehingga bersara pada Mei 2018.- Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]