Pelajar tingkatan empat ditangkap khalwat di hotel bajet

in Edisi Utara by


KULIM – Tiga pasangan kekasih termasuk seorang pelajar tingkatan empat ditahan dalam Ops Bajet 2.0 di sekitar daerah ini.


Ketua Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Anwar Shariffudin Mad Saat berkata operasi bermula pada jam10.30 malam disertai 20 anggota termasuk imam dan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda serta Bandar Baharu.


Menurutnya, serbuan pertama dilakukan di sebuah hotel bajet di Lunas dan telah menahan dua pasangan di dalam bilik berasingan.


“Serbuan pertama kita telah menahan pasanganĀ  remaja perempuan dan pasangannya berusia 21 tahun datang dari Selama, Perak.


“Hasil soal siasat pasangan ini sudah tiga kali mendaftar masuk ke situ sejak dua minggu lalu, dan alasan berhenti berehat sebelum bersiar-siar.


“Manakala satu lagi pasangan datang dari lokasi berdekatan dan menggunakan alasan yang sama untuk berehat di situ sebelum bersiar-siar,” katanya kepada Sinar Harian.


Katanya, lokasi kedua serbuan yang juga sebuah hotel bajet di Simpang Keladi berjaya menahan sepasang pasangan kekasih dari Pulau Pinang.


“Ketika serbuan kita juga menemui dua beg pakaian bersama mereka.


“Mereka berkata, sudah lama kenal dan mahu berkahwin namun dihalang keluarga,” katanya.


Anwar berkata, kesemua pasangan terbabit ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.


“Kita juga turut memberi amaran keras kepada satu pasangan iaitu lelaki yang status berkahwin anak satu dan janda anak empatĀ  yang ditemui di Tasik Tunku Putra,”katanya


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]