PRK Sungai Kandis: Mat Sabu sindir Pas

in Politik by


KLANG – Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyindir tindakan pimpinan Pas yang dilihat cenderung menyeru agar penyokong parti itu mengundi Umno-BN pada PRK Dun Sg Kandis.


Mohamad berkata, Pas sebelum ini cukup marah jika timbul isu berhubung kerjasama antara Pas-Umno, namun hari ini menyeru ahlinya menyokong Umno-BN.


Beliau yang juga Menteri Pertahanan kemudiannya berpesan kepada penyokong parti yang pernah disertainya itu supaya mengundi calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.


“Dulu bila kata Pas nak kerjasama dengan Umno, dia (Pas) marah, sekarang pimpinan suruh ahli undi BN.


“Kepada adik-adik saya daripada Pas, jangan kata tak boleh undi calon PKR yang jelas lebih baik.


“Jangan bimbang, Abang Mat ada bersama, oleh itu mesti undi Ustaz Zawawi pada PRK Sg Kandis nanti,” katanya ketika berucap pada kempen Ceramah Khas Bersama DSAI di Bandar Puteri, hari ini.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]