
SANAA – YAMAN. Sekurang-kurangnya sembilan nelayan Yaman terbunuh dalam serangan udara terbaharu Arab Saudi di kawasan pesisir pantai Hudaydah, semalam.
Menurut stesen penyiaran al-Masirah, kesemua nelayan terbabit maut apabila bot mereka dibedil pesawat tempur tentera pakatan diketuai Arab Saudi.
Terdahulu, tentera pakatan menyasarkan bangunan kediaman di kawasan Bani Sa’ad di daerah al-Dhaher di wilayah barat laut Sa’ada.
Bagaimanapun, tiada mangsa terkorban mahupun kerosakan bangunan dilaporkan. – Press TV
Source: SH Global
[featured-video-plus]