12 sekolah diserang di Pakistan

in Global by


ISLAMABAD – PAKISTAN. Dua belas sekolah diserang tengah malam semalam oleh penyerang tidak dikenali di wilayah Gilgit Baltistan, utara Paksitan.


Tiada kecederaan dilaporkan dalam insidenyang menyaksikan penyerang mensasarkan sekolah perempuan di wilayah pelancongan di sempadan China yang terkenal dengan gunungnya.


“Penjenayah cuba merosakkan 12 sekolah di daerah Diamir.


“Mereka cuba membakar sebahagian daripadanya dan memecahkan tingkap dan pintu,” kata setiausaha dalam negeri wilayah, Jawad Akram.


Pegawai kanan di Diamir, Dildar Ahmed Malik, berkata sekurang-kurangnya 10 sekolah perempuan dibakar.


“Kami menyiasat kejadian tetapi siasatan akan mengambil masa kerana kedudukan wilayah itu yang terletak di pedalaman,” katanya.


Gilgit Baltistan bebas daripada keganasan pemberontak yang menggegarkan bahagian lain Pakistan selama bertahun-tahun.– AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]