Balakong: BN bincang minggu depan

in Politik by


KLANG – BN akan membincangkan soal PRK Dun Balakong minggu depan.


Setiausaha Agong Umno, Tan Sri Annuar Musa, berkata calon bagi kerusi itu masih belum diputuskan.


“Dun Balakong kita belum bincang sebab kerusi itu sepatutnya milik MCA.


[ARTIKEL BERKAITAN: PRK Balakong: PH sah letak calon DAP]


“Tapi BN belum buat keputusan. Dijangka bincang minggu depan dan putuskan,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau ditemui selepas berucap pada Kenduri Rakyat PDM Jalan Haji Hussien, sebentar tadi.


Kerusi Dun Balakong kosong selepas penyandangnya, Ng Tien Chee meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 20 Julai 2018.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 September depan sebagai hari mengundi manakala penamaan calon akan diadakan pada Sabtu, 18 Ogos ini.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]