Bukan tak sanggup atau tak sudi: Lisa Surihani

in Hiburan by
Pelakon, Lisa Surihani

Bukan tak sanggup atau tak sudi: Lisa Surihani


DILIHAT seperti sudah agak lama tidak mewarnai dunia lakonan, Lisa Surihani tampil memberitahu dia cuma berehat selepas melahirkan anak kedua, Yusof Leonne.


“Saya masih berlakon lagi cuma lama tak muncul sebab saya berehat selepas berpantang anak kedua.  Tak ada niat pun nak cuti panjang.  Selain itu, ada juga sebab lain kenapa saya tak terima satu-satu tawaran.      


“Bukan saya tak sanggup atau tak sudi nak buat, tapi saya tahu nak juga dengan siapa saya bekerjasama,” ujarnya.


Lisa ditemui di malam gala Filem Animasi Wheely di GSV Pavilion, pada Rabu.


Pun begitu, bagi mengubat kerinduan peminat, Lisa bakal muncul menerusi drama Jibril 10 episod arahan Megat Sharizal.


“Bagi saya Jibril ini saya tak boleh nak kata tidak, sebab pertama adalah watak dan skrip, keduanya sebab saya sudah lama nak bekerja di bawah arahan Megat,” katanya ringkas.


Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.


Pada 15 September 2015, Lisa dan Yusry dikurniakan anak pertama, Yahaira Leanne.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]