Buktikan wujud unsur politik wang: Zawawi

in Edisi Selangor KL by


KOTA RAJA – Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menggesa calon BN, Datuk Lokman Noor Adam mengemukakan bukti berhubung dakwaan wujudnya amalan politik wang dalam PRK Dun Sungai Kandis.


Menurut Zawawi, Lokman sewajarnya memastikan dakwaan tersebut berasas dan bukan melemparkan cerita kosong bagi meraih sokongan menjelang hari pengundian esok.


“Saya bukan macam dia. Saya adalah orang kecil yang tak banyak harta dan berpegang kepada prinsip untuk menentang amalah rasuah, politik wang dan apa sahaja berkaitan dengannya.


“Kalau dia menuduh begitu, pastikan tuduhan itu bukan cerita kosong yang dilemparkan hanya untuk raih sokongan,”katanya ketika sidang media hari ini.


Sebelum ini, Lokman mendakwa PKR bakal menggunakan amalan politik wang menjelang hari pengundian esok bagi meraih sokongan daripada rakyat.


Susulan itu, beliau turut menggesa supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berkenaan.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mohd Zawawi berkata pihaknya turut mengalu-alukan sekiranya SPR dan SPRM ingin menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.


“(Jika nak siasat) Silakan,”jawabnya ringkas.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]