Caj mesej WhatsApp dikenakan pada kadar tetap

in Bisnes by


PERKHIDMATAN mesej WhatsApp Facebook Inc akan dimulakan menerusi penghantaran mesej pemasaran dan perkhidmatan pelanggan ketika berhadapan dengan penggunaan dan pertumbuhan pendapatan.


Memetik laporan Channel NewsAsia, mesej tersebut akan dikenakan caj pada kadar tetap bagi penghantaran yang disahkan, dari 5 sen hingga 9 sen dan setiap mesej bergantung kepada negara, kata WhatsApp.


WhatsApp berkata, ia telah mempunyai kira-kira 1.5 bilion pengguna dan WhatsApp Business API boleh digunakan untuk menghantar mesej seperti penghantaran pengesahan, peringatan pelantikan dan tiket acara.


WhatsApp mengakui bahawa ia mengenakan harga premium berbanding harga khidmat pesanan ringkas (SMS).


Pada Januari lalu WhatsApp telah mengumumkan, ia akan membenarkan akaun perniagaan kecil berkomunikasi melalui aplikasi Perniagaan WhatsApp, yang mempunyai lebih daripada tiga juta pengguna aktif.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]