Harvey Norman buka outlet pertama di Johor

in Bisnes by


JENAMA rangkaian gedung peralatan rumah, barangan elektrik dan elektronik terkemuka, Harvey Norman melancarkan pembukaan outlet terbaharu dan pertamanya di Johor.


Outlet yang memasarkan lebih 3,500 pelbagai jenis barangan dengan keluasan 44,054 kaki persegi itu dibuka di lot retail aras satu dan aras dua Paradigm Mall Johor Bahru. Ia merupakan antara outlet terbesar jenama terkemuka dunia tersebut serta yang ke-17 dibuka di Malaysia.


Pengarah Urusan Harvey Norman Asia, Kenneth Aruldros berkata, Johor menunjukkan kemajuan yang progresif ditambah dengan peningkatan sosioekonomi rakyatnya yang mana menjadi faktor pembukaan outlet terbaharu pihaknya itu.


“Kami melihat Johor merupakan kawasan paling sesuai untuk melebarkan lagi jenama kita yang memang telah dikenali. Peningkatan mentaliti serta gaya hidup rakyat di sini juga amat sesuai untuk mendapatkan apa yang kita boleh tawarkan.


“Selain itu, pembangunan pusat beli belah dan kawasan tumpuan masyarakat yang semakin meningkat juga amat membantu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Harvey Norman Johor yang pertama di Paradigm Mall, Johor Bahru, di sini, hari ini.


Kenneth berkata, pihaknya juga mempunyai perancangan untuk membuka dua lagi outlet di Johor sebelum hujung tahun ini.


“Pemasaran serta penerimaan penduduk kami lihat adalah penting, ditambah pula populasi penduduk yang ramai dan berhampiran dengan Singapura ini adalah lokasi sesuai.  Disebabkan mengambil kira faktor ini juga, dua lagi outlet iaitu di Southkey dan Tebrau akan dibuka dalam tahun ini.


“Malah, kita juga mempunyai perancangan untuk membuka satu lagi outlet dalam tempoh lima ke 10 tahun lagi di Johor,” jelasnya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]