Kit Siang kesal difitnah sokong komunis

in Nasional by


GELANG PATAH – Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa beliau ada kaitan dengan komunis.


Menurutnya, dua hari lalu beliau ada terbaca di dalam aplikasi WhatsApp, bahawa beliau adalah orang komunis selain datang dari negara China pada 1957.


“Turut disebarkan juga bahawa saya menyokong Chin Peng (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya). Semua ini fitnah dan dusta serta pembohongan.


“Bukan setakat pada kempen PRK Dun Sungai Kandis, malah semasa PRU14 pun sama,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan pejabat perkhidmatan rakyatnya di Taman Gelang Patah Prima, di sini, hari ini.


Berikutan itu, Kit Siang mahu rakyat lebih berwaspada dan tidak jatuh dengan perangkap pihak tidak bertanggungjawab itu.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]