
KUALA KRAI – Seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah ditemui lemas di kawasan perkelahan Sungai Lata Berangin, hari ini.
Mangsa,berusia ,37 tahun beralamat Guchil 4, Kuala Krai ditemui orang awam dalam keadaan terlentang dengan kesan luka pada bahagian bibir, hidung dan atas kening dipercayai kesan jatuh dari batu tinggi.
Turut ditemui 50 meter dari lokasi kejadian motosikal Yamaha Sports Y100 milik mangsa.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, lelaki terbabit dipercayai jatuh dari tempat tinggi dan terhempas ke batu dipercayai khayal selepas menghidu gam.
” Si mati ditemui di tepi batu besar dalam sungai dalam keadaan terlentang, mayat kemudiannya dialih dari dalam sungai ke tepi batu oleh orang awam dan anggota bomba bagi mengelak hanyut dibawa arus.
” Pemeriksaan pada lengan kanan dan kirinya terdapat tatto berbentuk naga,” katanya.
Beliau berkata, semakan ke atas kad pengenalan pula mendapati mangsa mempunyai empat rekod jenayah narkotik.
” Di dalam poket si mati turut ditemui satu plastik lutsinar dipercayai digunakan untuk menghidu gam, ” katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.
Source: SH Edisi
[featured-video-plus]