PKNP takkan bagi Selangor laluan mudah

in Sukan by


IPOH – Kesebelasan PKNP akan memberi tentangan sengit pada aksi berdepan Selangor bagi saingan Kumpulan D, Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam esok.


Pengendalinya, Abu Bakar Fadzim berkata, pihaknya tetap mengharapkan keputusan positif bagi aksi sulung di peringkat kumpulan Piala Malaysia kali ini biarpun beraksi tanpa kelibat pemain utama.


Justeru menurutnya, kesebelasan sama ketika beraksi berdepan Kedah baru-baru ini hampir pasti diturunkan sekali lagi  malam ini diharapkan mampu beraksi sebaik mungkin untuk sekurang-kurangnya membawa pulang mata.


“Kita harapkan kesebelasan pemain yang kita turunkan nanti akan dapat memberikan saingan kepada kesebelasan Selangor.


“Kesebelasan pemain juga perlu berhati-hati di sepanjang perlawanan bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kesilapan hingga ke wisel penamat,” katanya.


Sementara itu, Abu Bakar berkata, pemain import, Karl Maxx Danny masih belum dapat beraksi berikutan masih dalam proses pemulihan.


Bagaimanapun katanya, ketiadaan pemain berkenaan diharap tidak menjejaskan rentak serangan pasukan dalam memburu jaringan malam esok.


“Karl Maxx masih belum boleh bermain. Apa pun, kita tetap menaruh harapan kepada barisan pemain yang kita turunkan untuk memberikan saingan kepada Selangor,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]