Tadika di tiga daerah Kedah bebas HFMD

in Edisi by


ALOR SETAR – Tiada tadika ataupun taska perpaduan di Kota Setar/Padang Terap/Pokok Sena yang ditutup akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).


Pegawai Perpaduannya, Mohamed Zaizulman Zainal Abidin, berkata, tadika dan taska perpaduan di tiga daerah itu bebas dari penularan penyakit HFMD.


Zaizulman berkata,  terdapat 19 tadika perpaduan dan sebuah taska perpaduan yang semuanya beroperasi seperti biasa.


“Kita dapati semua tadika dan taska perpaduan di tiga daerah itu bebas dari HFMD. Pun begitu, kita ambil berat perkara itu dengan sentiasa memantau keadaan itu.


“Walaupun tiada penularan jangkitan, kita tetap memastikan semua guru dan kakitangan tadika serta taska mengambil langkah pencegahan di semua premis itu,” katanya.


Pihaknya, turut menggalakkan langkah-langkah pencegahan dan amalan menjaga kebersihan diri, seperti membasuh tangan dengan betul dan mengamalkan budaya gotong royong.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]