Tawar ganjaran menarik!

in Bisnes by


STANDARD Standard Chartered Bank Malaysia dan Brand Expedia menjalin kerjasama dengan menawarkan pemegang kad kredit dan debit Standard Chartered faedah dan diskaun ke atas hotel dan pakej percutian yang ditempah di Expedia mulai kini hingga 31 Disember 2019.


Pemegang kad di Malaysia akan menikmati diskaun 10 peratus ke atas penginapan hotel tanpa belanja minimum menggunakan kod kupon SCMY10.


Faedah lain yang ditawarkan termasuk pemindahan lapangan terbang, RM100 dengan perbe­lanjaan minimum sebanyak RM1,800 pada tempahan Pener­bangan + Hotel dan RM200 dari pemindahan lapangan terbang dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM3,500 pada tempahan pakej Penerbangan + Hotel.


Menurut Ketua Perkongsian Korporat Global, Perbankan Runcit, di Standard Chartered, Neil Daswani berkata, kerjasama ini menawarkan ganjaran dan peluang perjalanan kepada pelanggan di pelbagai pasaran, pada masa sama menjamin tawaran berterusan dan menarik.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]