Tiga maut janakuasa hidroelektrik meletup

in Global by


SARAJEVO – BOSNIA.  Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dalam letupan di loji janakuasa hidroelektrik berhampiran bandar Bihac.


Inspektor Polis, Adnan Beganovic memberitahu bahawa insiden itu berlaku pada lewat petang semalam.


“Letupan berlaku apabila pekerja membersihkan turbin di loji janakuasa itu. Tiga orang disahkan maut dan seorang lagi mengalami kecederaan,” ujar Beganovic.


Tambahnya, pihak berkuasa melancarkan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian. – Anadolu


Source: SH Global

[featured-video-plus]