Tiga PRK sama penting

in Politik by


SHAH ALAM – Kematian berturut-turut melibatkan Adun di Selangor sememangnya satu kehilangan besar buat Pakatan Harapan (PH) namun fokus perlu ditumpukan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.


Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Mohd Noor berkata, PH terutamanya PKR dan DAP diyakini mampu mempertahankan tiga kerusi tersebut.


“Ini (PRK) satu perkara yang kita terpaksa lalui dan apa yang berlaku bukanlah kehendak PH malah ia di luar kuasa kita.


“Tapi saya yakin rakyat akan terus memberi peluang kepada PH khususnya kepada PKR dan DAP,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.


[ARTIKET BERKAITAN: Ujian besar buat PH: Wan Azizah]


Merujuk kepada PRK di Sungai Kandis, Kamaruddin menganggap tindakan BN tidak meletakkan calon tempatan di kerusi tersebut sebagai kelebihan buat PH mempertahankan kedudukannya.


“Saya yakin rakyat di sana akan buat pilihan yang sewajarnya dengan mengekalkan PH,” katanya.


Sementara itu, Ketua Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, walaupun kedudukan PH kukuh di Selangor, namun usaha perlu dilakukan bagi memastikan PRK di ke tiga-tiga kerusi ini dapat dipertahankan.


“Saya harap kita beri fokus kepada PRK yang akan datang untuk menunaikan janji-janji di peringkat kerajaan Selangor dan seterusnya kepada negara.


“Kita tidak boleh memandang mudah dan masih perlu berusaha dalam PRK akan datang,” katanya.


Bagaimanapun beliau yakin bahawa rakyat Selangor memahami situasi yang berlaku dan sentiasa bersedia bersama PH.


“Insya-ALLAH berdasarkan maklum balas dan prestasi kerajaan negeri, saya percaya ketiga-tiga kerusi ini mampu untuk kita pertahankan,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]