Zahirah, Zul saling sindir menyindir?

in Hiburan by
Zul Ariffin dan Zahirah MacWilson

Zahirah, Zul saling sindir menyindir?


TINDAKAN pelakon yang semakin meningkat naik, Zahirah MacWilson memuat naik status di Instastory miliknya pada malam semalam menimbulkan spekulasi ramai.


Kebanyakan pengikut seolah-olah melihat, selebriti berusia 23 tahun itu menujukan status berkenaan kepada bekas kekasihnya, mungkin Zul Ariffin.


Kenyataan berbaur sindiran itu menjelaskan bahawa individu dimaksudkan itu sudah memutar belit cerita, berlagak menjadi mangsa, menyalahkan orang lain dan suka bermain cinta.


“Twist, ungkit, acah-acah jadi mangsa, tuduh orang lain, sini I love you, sana I love you. Dia buat takpe.


“Kamu tahu siapa yang saya maksudkan,” tulisnya.


Ramai beranggapan Zahirah menujukan status itu kepada Zul selepas gambar pelakon Hantu Kak Limah ketika di Phuket bersama seorang wanita yang berasal dari Ukraine, tersebar di Internet.


Bagaimanapun, Zul, 32,menjelaskan mengenali wanita itu ketika dia berada di sana untuk menjalani sesi latihan seni mempertahankan diri.


Sementara itu menerusi laporan mStar Online, Zul pada masa yang sama turut memuat naik mesej di Instastory seperti membalas kenyataan pelakon Jangan Benci Cintaku itu dan meminta dia untuk meneruskan kehidupan baharu.


Zul berkata, dia seorang yang sibuk dan tiada masa untuk melayan budak-budak yang inginkan perhatian.


“Get yourself together, get grip and move on lah dik. Abang sibuk, nak layan sindrom budak-budak baru yang nak dapat perhatian,” ujarnya.


Selain itu, Zul turut mengulang posting yang dimuat naik rakannya bahawa dia tidak memerlukan 15 artikel media untuk membuktikan dia sudah pulih daripada kekecewaan lalu.


Bagaimanapun aktor berbadan sasa ini dilihat sudah pun memadamkan posting tersebut beberapa jam selepas dimuat naik.


Zul pada April lalu mendedahkan hubungan percintaan yang dibina selama tiga tahun bersama Zahirah sudah berakhir pada Mac 2018.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]