18 maut helikopter terhempas di Rusia

in Global by


MOSCOW – RUSIA. Sekurang-kurangnya 18 orang dilaporkan terbunuh dalam nahas helikopter terhempas di rantau Krasnoyarsk hari ini.


Menurut pihak berkuasa Rusia, helikpoter MI-8 yang membawa 15 penumpang dan tiga krew itu terhempas kira-kira jam 10.20 pagi (waktu tempatan) berhampiran bandar Igarka.


Ia terhempas kira-kira dua kilometer di selatan lapangan terbang Igarka.


Agensi berita Sputnik melaporkan, helikopter malang itu terhempas sebaik ia berlepas dan punca kejadian masih disiasat.


Difahamkan, helikopter tersebut membawa pekerja untuk dihantar ke telaga minyak tidak jauh dari lokasi nahas. – Press TV


 

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]