2020 Tahun Pelancongan Johor

in Edisi by


JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mempunyai perancangan untuk menambah lebih tarikan dan program pelancongan di Johor sebagai persediaan Tahun Pelancongan Johor pada tahun 2020 depan.


Ia berikutan terdapat satu lagi acara besar yang dijangka berlangsung pada tahun berkenaan iaitu dipilih sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma).


Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, pelaksanaan program itu adalah dengan memajukan industri pelancongan tempatan bermula dengan setiap daerah.


“Tarikan dan keunikan setiap daerah memainkan peranan penting dalam usaha kita untuk terus memperkasa sektor pelancongan di negeri ini.  Jadi perbincangan serta pertemuan bersama mereka yang terlibat khususnya penduduk kampung telah dilakukan.


“Tahun 2020 adalah sesuatu yang amat bermakna buat kerajaan negeri. Pada tahun itu kita akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan Sukma bagi edisi ke-20, jadi pelbagai persediaan perlu dilakukan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa merasmikan Matta Fair Johor di Pusat Konvensyen Danga Bay, semalam.


Cai Tung berkata, pembangunan serta naik taraf hab pelancongan di setiap daerah diyakini mampu membantu kerajaan negeri untuk merealisasikan usaha tersebut.


“Dua minggu lepas kami barisan exco dan menteri besar telah mengunjungi setiap daerah. Berdasarkan lawatan itu, setiap daerah ada memberikan kita kertas kerja untuk bagaimana mahu tingkatkan keunikan masing-masing.


“Ia termasuk pembinaan tempat pelancongan, makan dan buah-buahan tempatan. Kita sudah meneliti kertas kerja ini dan berpendapatan ia boleh ditambah baik sekiranya mempunyai hab pelancongan lebih berstruktur,” katanya.


Jelasnya, berhubung peruntukan untuk melaksanakan pembangunan dam naik taraf hab terbabit, ia akan dibincangkan serta serta akan dimaklumkan ketika perbentangan bajet 2019 nanti.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]