30 nelayan terima pukat

in Edisi by


TUMPAT – Etiqa Takaful Berhad dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) menyalurkan sumbangan pukat kepada 30 nelayan di pantai Geting bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan.


Presiden IAM, Zawahir Abdullah berkata, melalui program itu pihak Etiqa Takaful membiayai sumbangan set pukat melibatkan kos hampir RM50,000.


Menurutnya, ia sebahagian daripada sumbangan zakat tahunan syarikat Etiqa Takaful yang dihulurkan secara terus kepada institusi kebajikan di bawah program tanggungjawab Zakat Korporat Etiqa.


“Sebagai sebuah badan NGO, IAM memainkan peranan sebagai pengantara di antara individu mahupun golongan korporat yang berhajat untuk melaksanakan usaha-usaha kemanusiaan dalam membantu golongan memerlukan,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas Program Kemanusiaan Bekalan Pukat Nelayan Kelantan di Geting, semalam.


Zawahir berkata, setiap nelayan menerima lima set pukat dan satu tong ikan.


“Ini adalah agihan pertama di negeri ini dan negeri seterusnya adalah di Johor, Pahang dan Kedah,” katanya.


Penerima, Rosdi Abdullah, 46, berkata, dia gembira menerima peralatan menangkap ikan tersebut.


“Lagipun tidak semua mampu beli pukat ini jika ada pukat kami yang rosak.


“Kami kena kumpul wang untuk gantikan pukat dan satu set pukat bukannya murah, ia cecah ribu ringgit,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]