Anak Chot XOXO derita injap jantung terbalik

in Hiburan by
Chot XOXO. Gambar kecil: Anak Chot.- Foto: Instagram

Anak Chot XOXO derita injap jantung terbalik


ANGGOTA kumpulan XOXO, Chot, mendedahkan anak sulungnya, Muhammad Sher Harraz Hazmeer mengalami penyakit injap jantung terbalik.


Menurut Chot atau nama sebenarnya, Hazmeer Hassan   menerusi entri di laman Instagram miliknya, anaknya itu  perlu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara dimana kos yang diperlukan adalah sebanyak RM18,000.


Katanya, Sher Harraz sebelum itu sudah menjalani pembedahan pada bahagian hidung bagi membetulkan tulang pada bahagian berkenaan yang menyukarkan dia bernafas.


“Salam semua, Alhamdulillah, ini adalah ujian saya dan rawatan pembedahan fasa pertama buat anak saya yang ada tiga masalah jantung, di mana pembedahan juga berperingkat satu demi satu.


“Saya sedang cuba usahakan untuk mendapat harga rawatan sebenar selepas rayuan dibuat.


“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu, hanya Allah dan kekuasaan-Nya yang mampu balas budi anda semua,” tulisnya.



Perkongsian dari Chot itu mendapat perhatian ramai termasuk rakan artis lain yang turut berkongsi berita mengenai putera sulungnya seperti Shahrol Shiro dan Ammar Titan.


Chot pernah menjadi anggota kumpulan XOXO bersama Wan serta Wan Gegau dan menyertai Maharaja Lawak Mega 2017.


Kini, Chot bertugas sebagai penyampai di Melaka FM.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]