AS 'baik hati' beri dana keselamatan RM1.2b

in Global by


SINGAPURA – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo, semalam berjanji menyediakan hampir AS$300 juta (RM1.2 bilion) untuk dana keselamatan baharu di Asia Tenggara.


Beliau mengumumkan perkara itu kepada wartawan di luar mesyuarat Menteri Luar Pertubuhan Negara Asia Tenggara (Asean) dan menteri lain dari seluruh dunia di Singapura.


“Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk memajukan keselamatan serantau di Indo-Pasifik, AS teruja untuk mengumumkan dana baharu tersebut bagi mengukuhkan kerjasama keselamatan di seluruh rantau terbabit


“Bantuan keselamatan baharu ini akan memajukan keutamaan dikongsi bersama terutamanya untuk mengukuhkan keselamatan maritim, membangunkan bantuan kemanusiaan dan keupayaan pengaman serta meningkatkan program yang menentang ancaman transnasional,” katanya.     


Awal minggu lalu, Washington memaklumkan ia akan melabur AS$113 juta (RM461 juta) untuk inisiatif teknologi, tenaga dan infrastruktur di Asia yang digelar sebagai ‘bayaran pendahuluan untuk era baharu komitmen ekonomi AS di rantau’ terbabit.


Visi pembangunan AS ‘Indo-Pasifik bebas dan terbuka’ itu dilancarkan pada masa sama China menguatkan pengaruhnya sebagai sebahagian daripada Inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road) untuk meningkatkan hubungan perdagangan dengan negara Asia Tenggara dan lain-lain. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]