
KUALA KANGSAR – Kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilng 2018 peringkat negeri Perak di Dataran Pavilion di sini, malam ini.
Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dalam ucapan perasmiannya berkata, kempen kibarkan Jalur Gemilang perlu dilakukan secara besar-besaran untuk menghidupkan semangat cintakan negara.
Katanya, setiap premis kerajaan dan rumah perlu memasang sekurang-kurangnya satu Jalur Gemilang bagi membuktikan rasa sayang dan cinta pada negara.
“Melalui pemasangan bendera juga, semangat cintakan negara dapat ditanam dalam diri anak-anak kita, seterusnya menghayati kemerdekaan,” katanya.
Selain itu, Ahmad Faizal turut mengajak orang ramai supaya mempunyai sikap bencikan rasuah, penyelewengan dan dadah kerana ia merosakkan negara.
Pelbagai acara diadakan sejak pagi tadi sempena acara tersebut termasuk tarian kebudayaan daripada pelajar Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput dan persembahan pancaragam dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet, Ipoh. – Bernama
Source: SH Edisi Perak
[featured-video-plus]