Bekas Adun Chuping meninggal dunia

in Nasional by


KANGAR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chuping, Mansor Jusoh meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit kira-kira 6 petang tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur.


Mansor, 65, menjadi Adun BN selama dua penggal iaitu selepas menang pilihan raya umum pada 2004 dan 2008.


Difahamkan jenazah Mansor akan dibawa pulang ke Kampung Cikgu Ali, Chuping dekat sini lewat malam ini dan akan dikebumikan esok pagi.


Allahyarham pernah memegang jawatan pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Wanita, Kebajikan dan Hal Ehwal Pengguna sehingga 2013, selain pernah dilantik sebagai timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Perlis. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]