Budak 12 tahun masuk universiti

in Global by


MEXICO CITY – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun mencipta nama apabila telah diterima masuk ke Universiti Autonomi Nasional (UNAM) di Mexico.


Ia sekali gus menjadikan Carlos Santamaria Diaz sebagai pelajar tahap ijazah paling muda di universiti berkenaan.


Carlos diterima masuk ke fakulti sains untuk mengikuti program bioperubatan dan akan memulakan pengajian pada Isnin ini. Difahamkan, Carlos mendapat perhatian UNAM ketika berusia sembilan tahun setelah menamatkan pengajian di peringkat diploma dalam biokimia dan biologi mulekular di universiti tersebut. – ABC


Source: SH Global

[featured-video-plus]