Bumbung SK Pekan Kota Belut diterbangkan ribut

in Edisi Sabah Sarawak by


KOTA KINABALU – Bumbung satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan Pekan Kota Belud, kira-kira 73 kilometer dari sini, hampir keseluruhannya diterbangkan angin ribut dalam kejadian, tengah hari semalam.


Bagaimanapun, ketika kejadian pada kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, masa persekolahan telahpun tamat dan semua murid meninggalkan kelas masing-masing.


Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp mengesahkan kejadian itu.


Maimunah berkata tingkat paling atas bangunan tiga  tingkat itu tidak menempatkan bilik darjah dan bangunan berkenaan masih boleh digunakan untuk sesi pembelajaran pada Isnin ini.


Sementara itu, seorang guru sekolah berkenaan ketika dihubungi Bernama berkata tingkat paling  atas  blok bangunan yang terjejas itu menempatkan Pusat Sumber dan Bilik Akses Sekolah.- Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]