Chile larang guna beg plastik

in Global by


SANTIAGO – CHILE. Chile telah menjadi negara pertama di Amerika Selatan yang melarang penggunaan komersial beg plastik secara meluas.


Undang-undang baharu itu diluluskan Kongres dan ditandatangani Presiden Sebastian Pinera memberi tempoh dua tahun kepada perniagaan kecil untuk menguatkuasakan larangan tersebut.


Difahamkan, perniagaan besar diberikan tempoh enam bulan untuk menghentikan penggunaan beg plastik.


Sebelum larangan itu berkuatkuasa, peniaga hanya dibenarkan memberikan dua beg untuk setiap pelanggan dan mana-mana perniagaan yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda AS$370 (RM1,510).


Sementara itu, Pinera menyifatkan peraturan baharu itu adalah langkah penting untuk mewujudkan negara lebih bersih.


“Kami mahu menjadikan kitar semula sebagai budaya yang sihat di Chile. Terdapat 7.6 bilion penduduk di dunia. Kita tidak boleh biarkan pencemaran terus berlaku kerana bumi ini milik semua,” katanya. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]