DAP sahkan tak guna roket dalam PRK Balakong

in Politik by


SHAH ALAM – DAP mengesahkan parti itu tidak akan menggunakan logo roketnya dalam pilihan raya kecil (PRK) di Balakong.


Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan parti komponen akan menggunakan logo PH dalam PRK akan datang.


Menurutnya, mereka adalah PH dan mesti guna satu logo dengan sepenuh hati untuk menunjukkan perpaduan keempat-empat parti komponen.


“Saya fikir, bermula dari Balakong dan selepasnya, kita mesti menggunakan satu logo,” katanya.


Kok Wai berkata, logo DAP yang terdiri daripada warna merah, putih dan biru, direka oleh pengasas parti itu, yang juga bekas setiausaha agungnya, Goh Hock Guan.


Ia digunakan sejak pilihan raya umum (PRU) 1969.


Namun, pada PRU14 lalu, pakatan pembangkang ketika itu memutuskan menggunakan satu logo iaitu PKR sahaja.


Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar berkata PRK Sungai Kandis hari ini merupakan kali terakhir parti komponen PH akan menggunakan logo PKR dalam pilihan raya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]