Jenazah Mahadzir Lokman selamat dikebumikan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Jenazah pengacara terkenal, Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini, hari ini.


Memetik laporan Astro Awani, Allahyarham Mahadzir selamat disemadikan di samping kubur kedua ibu bapanya pada pukul 10.10 pagi.


Jenazah sebelum itu dibawa ke Masjid Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya pukul 9.30 pagi dari kediamannya di Seksyen 16, Petaling Jaya untuk upacara solat jenazah.


[ARTIKEL BERKAITAN: Mahadzir Lokman meninggal dunia]


[ARTIKEL BERKAITAN: Perginya ikon penyiaran negara, Mahadzir Lokman]


Jenazah yang meninggal dunia di Kota Kinabalu awal pagi semalam tiba di kediamannya itu pukul 4.30 pagi menerusi penerbangan MAS yang berlepas 11.05 malam tadi.


Sebelum ini, Allahyarham Mahadzir, 61, dilaporkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di biliknya, di sebuah hotel di Tanjung Aru, Kota Kinabalu, oleh sepasukan anggota polis yang menerima maklumat.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]