
SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta kerjasama orang ramai mengesan waris kepada lima kanak-kanak masing-masing berusia lingkungan lima bulan dan lapan tahun yang ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
Pegawai Pelindung kanak-kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Subang Jaya, Siti Nurlina Sarman berkata, seorang daripadanya dikenali sebagai R Vaisyanavy, 8, ditinggalkan ahli keluarga di Pusat Perubatan University Malaya (PPUM) sejak 2017.
Menurutnya, Amirul Hisyam berusia lima bulan; Suleiman Ra’uuf (sembilan bulan); Mohd Hafis Zainuddin (4 tahun) dan Muhammad Kenji (4 tahun) masing pula ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
“Ibu, bapa atau waris yang mengenali semua kanak-kanak tersebut diharap dapat beri kerjasama dalam membantu pihak pelindung JKM Petaling untuk menyediakan dokumen pengenalan mereka.
“Kesemua kanak-kanak tersebut diletakkan di bawah jagaan sementara hingga kes mereka dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-kanak Petaling Jaya,”katanya.
Justeru, sebarang maklumat berhubung waris kanak-kanak itu boleh disalur kepada Pegawai Pelindung di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling di talian 03-78422584 / 03-78422587/ 013-5830419 dengan kadar segera,” katanya
Source: SH Edisi Sel KL
[featured-video-plus]