JKNT nafi pasar raya di Terengganu positif HFMD

in Nasional by


KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Terengganu memandang serius dakwaan yang menyatakan pihak jabatan itu telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan status positif virus penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di beberapa pasar raya di negeri ini.


Pengarah Kesihatannya, Dr Mohammad Omar berkata, JKNT menafikan sekeras-kerasnya pernyataan tersebut telah dikeluarkan oleh jabatan itu dan maklumat yang ditularkan tersebut adalah tidak benar.


“Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat berkaitan HFMD dengan JKNT terlebih dahulu sebelum mempercayai atau menyebarkannya,” katanya.


Sehingga kini, seramai 632 kanak-kanak di Terengganu dikesan mengidap penyakit HFMD dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.


Jumlah itu meningkat 224.1 peratus, berbanding 195 kes direkodkan dalam tempoh sama pada tahun lepas.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]