Pameran MF3 mesti dikunjungi!

in Nasional by


MENCARI barang keperluan kediaman dari satu kedai ke kedai sangat meletihkan. Lumrah setiap kita pastinya mahukan produk yang bukan sahaja berkualiti tetapi harga terbaik kerana membeli peralatan rumah tidak semudah membeli pakaian!


Semua di bawah satu bumbung


Apa sahaja untuk kediaman yang hendak dicari, dari perabot dan peralatan hinggalah kepada reka bentuk dalaman, mahupun perkhidmatan, Pameran Malaysian Furniture & Furnishings Fair (MF3) tempat terbaik untuk anda kunjungi.


Pameran MF3 diubah menjadi sebuah ekspo rumah utama yang mengumpulkan lebih daripada 120 syarikat pameran yang membawa lebih daripada 300 syarikat jenama terkenal dengan produk berkualiti tinggi untuk semua.


Pelbagai produk dan perkhidmatan dalam rumah akan dipamerkan di empat buah dewan di Dewan Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula dari 10 – 12 Ogos 2018. MF3 ini diuruskan oleh Persatuan Perabot Kuala Lumpur & Selangor (KSFA), salah satu penggerak utama industri perabot di Kuala Lumpur dan Selangor.


Ekspo ini menjadi lebih besar dan hebat apabila dua penganjur besar bergabung untuk memberi yang terbaik buat pengunjung. Tahun ini, Lembaga Industri Kayu Malaysia (MTIB) turut mengadakan Pameran Perabot Berasaskan Kayu Dan Gaya Hidup 2018 di MF3. Di sinilah tempat terbaik untuk pengunjung mencari ratusan produk kayu terbaik dari segi kualiti dan rekaan dari seluruh Malaysia.


Membeli di MF3 lebih jimat


Meneroka setiap keperluan di sini, memberi anda peluang membuat perbandingan harga, kualiti dan rekaan di antara satu jenama dengan jenama yang lain. Anda juga berpeluang merebut harga terbaik malah tidak mustahil jika mampu berjimat dalam jumlah yang banyak menerusi promosi nilai tambah dan tawaran istimewa yang ditawarkan peserta pameran selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar dan sebelum bermulanya perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Pengunjung berpusus-pusu hadir memeriahkan pamerah MF3 sebelum ini.


Siaran langsung MF3


Pemilik rumah baru atau mereka yang ingin membuat pengubahsuaian rumah jangan terlepas menyaksikan Live Talk Show yang diadakan pada 11 Ogos dari jam 3 hingga 4:30 petang di lokasi pameran. Program menarik ini memberi anda panduan mengubahsuai, menyediakan dan menyelenggarakan rumah bersaiz sederhana kecil agar menjadi selesa dan luas untuk seisi keluarga.


Pereka dalaman yang diiktiraf iaitu Yiki Teoh dari Design Interior Jashen dan pakar Feng Shui terkenal, Master Sandy Paw akan memberi ceramah bagaimana mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih baik.


Pengunjung boleh menghantar pelan lantai rumah mereka berserta nama dan 2 soalan di dalam kotak yang disediakan di laman web. Mereka berpeluang dipilih sebagai penonton bertuah di mana soalan bertulis akan dijawab di lokasi pameran oleh penceramah.


Konsultasi profesional percuma di Home Clinic


Bayangkan berada di sebuah hospital pakar, Home Clinic di MF3 menyediakan konsultasi percuma berkaitan isu penyelenggaraan rumah termasuk penyenggaraan elektrik & penghawa dingin, kebocoran paip air dan cat & penyelenggaraan dinding. Pakar profesional akan ditempatkan di sini untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan rumah anda secara percuma.

Bukti…penerima cabutan bertuah Spend & Win pada Pameran MF3 2016.


Lebih RM100,000 baucar tunai, hadiah


Selain membeli- belah dengan penjimatan berganda-ganda, anda juga berpeluang memenangi telefon bimbit. Visit & Win membolehkan anda menang tanpa membuat apa-apa pembelian. Hanya datang dan kumpul 4 setem dari lokasi yang ditetapkan di dalam dewan pameran.  Mana tahu anda peserta yang bertuah!


Manakala Spend & Redeem pula, pengunjung dialu-alukan untuk menebus hadiah berharga seperti Premium BPA Free Water Bottle, Sofa Inflatable atau Bantal Electronic Massage dengan berbelanja sebanyak RM500 hingga RM8,000 dan ke atas. Pengunjung yang membeli barangan bernilai RM1,000 dan ke atas bukan saja berpeluang memenangi telefon bimbit untuk segmen Daily Spend & Win malah dapat mengambil bahagian dalam Cabutan Bertuah Hadiah Utama bernilai RM10,000 baucar tunai MF3 dan pelbagai hadiah menarik.


Diskaun RM5 menaiki Grab


MF3 akan diadakan bermula dari 10 hingga 12 Ogos 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pameran ini dibuka kepada orang ramai dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam dan masuk adalah percuma.


Pengunjung boleh menikmati diskaun sebanyak RM5 jika menaiki Grab dengan menggunakan kod promo ‘MF32018’ untuk perjalanan mereka ke MF3 di Pusat Konvensyen KL atau dari Pusat Konvensyen KL selepas membeli-belah di MF3 dalam tempoh 3 hari ini.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi  03 – 6140 1202 atau log masuk www.mf3.my atau e-mel ke secretariat@klsfia.org.my


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]