Pasaran getah dijangka kekal paras semasa minggu depan

in Bisnes by


KUALA LUMPUR – Pasaran getah Malaysia dijangka kekal pada paras semasa minggu depan, memandangkan pelabur kekal berhati-hati berikutan peningkatan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.


Peniaga berkata, perang perdagangan itu telah menyebabkan ketidaktentuan di seluruh pasaran dan negatif bagi harga getah.


Pasaran getah dijangka menjejaki pergerakan harga di pasaran niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah serta prestasi ringgit berbanding dolar AS.


Bagi minggu yang baru berakhir, harga getah diniagakan dalam julat kecil, dengan mengambil petunjuk daripada faktor luaran termasuk prestasi pasaran serantau, serta harga minyak mentah dan pergerakan ringgit.


Berasaskan Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 0.5 sen kepada 529.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 9.0 sen kepada 408.0 sen sekilogram.


Harga penutup tidak rasmi pada 5 petang bagi SMR 20 turun 3.5 sen kepada 530.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun 2.5 sen kepada 409.0 sen sekilogram. – Bernama


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]