Penganti Shaharuddin belum ditetapkan

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menjelaskan pihaknya masih belum menetapkan pemilihan calon bagi menggantikan tempat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin.


Amirudin berkata, buat masa ini perkara itu perlu dibincangkan dalam pucuk pimpinan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan lanjut diambil.


“Masih terlalu awal untuk spekulasi. Saya perlu merumuskannya dalam pucuk pimpinan terlebih dahulu.


“Apatah lagi untuk keputusan dalam kerajaan negeri,”katanya ketika sidang media selepas pengumuman keputusan¬† Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sugai Kandis hari ini.


Allahyarham Shaharuddin yang juga merupakan Adun Seri Setia sebelum ini dilaporkan meninggal dunia pada 2 Ogos lalu sekitar jam 6.28 petang di Hospital Putrajaya akibat kanser usus.


Difahamkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini juga mengesahkan telah menerima notis pengosongan kerusi Dun tersebut yang diserahkan oleh Speaker Dun Selangor, Ng Suee Lim.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]