Piala Malaysia: Bos Gaurus tagih sokongan penyokong Perak

in Sukan by


PENYOKONG Perak diharap hadir beramai-ramai ke Stadium Perak bagi memberikan sokongan kepada skuad Kejor Yob Kejor itu yang bakal melayani kunjungan Felcra United pada aksi Piala Malaysia, malam ini.


Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, penyokong The Bos Gaurus perlu membuktikan rasa sayang kepada pasukan mereka.


“Saya memohon kepada  penyokong untuk turun beramai-ramai ke Stadium Perak malam ini.


“Ketepikan dulu soal ketidakpuasan hati dengan pihak pengurusan. Kita kena bersama kalau sayangkan pasukan Perak. Turunlah beramai-ramai malam ini,” katanya kepada Sinar Harian.


Untuk aksi Perak dan Felcra FC malam ini boleh dianggap menarik apabila dua pasukan naib juara Liga Super, Perak dan Felcra FC (naib juara Liga Perdana) bakal berentap bagi menentukan kejaguhan masing-masing dalam aksi peringkat Kumpulan A .


Sementara itu, Hasnul Zulkarnain berkata, hadiah kejayaan Bos Gaurus menamatkan saingan liga pada kedudukan kedua akan dikongsi bersama kesebelasan pemain.


“Kita akan kongsi hadiah kemenangan ini bersama pemain sebagai tanda penghargaan kita terhadap komitmen diberikan mereka selama ini,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]