Seorang rakyat Palestin maut, 220 lagi cedera

in Global by


BAITULMAQDIS – PALESTIN. Sekurang-kurangnua seorang rakyat Palestin maut dan 220 lagi cedera ditembak tenteta Israel semasa menyertai tunjuk perasaan di sepanjang sempadan Gaza, semalam.


Menurut tentera Israel, kira-kira 8,000 penduduk Gaza menyertai tunjuk perasaan di lima lokasi di sepanjang sempadan berkenaan.


“Sebahagian daripada mereka memecahkan pagar sempadan dan menyerang anggota tentera dengan bom api serta bahan letupan,” kata tentera Israel.


Setakat ini seramai 156 rakyat Palestin terkorban, sementara seorang tentera Israel mati sejak ia bermula empat bulan lalu.


Sementara itu, pihak penganjur berkata tunjuk perasaan itu akan diadakan sehinggalah Israel menarik balik sekatan ekonomi terhadap Semenanjung Gaza. – Press TV


Source: SH Global

[featured-video-plus]