Sultan Perak rasmi rumah kelab PAUM

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) dan menghadiri santapan malam sempena majlis tersebut hari ini.


Ketibaan baginda bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim disambut Presiden PAUM, Datuk Noordin Abd Razak dan Penasihat PAUM merangkap Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim.


Meluangkan masa lebih dua jam bersama kira-kira 300 anggota PAUM pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan menyerahkan surat pelantikan kepada Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penaung PAUM yang ketiga.


Noordin dalam ucapan aluannya, berkata PAUM adalah satu-satunya persatuan alumni di negara ini yang memiliki rumah kelabnya sendiri.


“Kami percaya rumah kelab kami akan menjadi lambang kebanggaan bagi semua alumni UM dalam negara ini dan menjadi destinasi tumpuan untuk mereka,” katanya.


Kemudahan yang terdapat di rumah kelab itu termasuk sebuah dewan banquet yang boleh memuatkan sehingga 800 orang, dua dewan seminar, restoran, bilik karaoke, gimnasium dengan peralatan lengkap, sebuah kolam renang, sebuah gelanggang badminton dan sebuah gelanggang tenis.


Pada majlis itu juga, PAUM menerima sumbangan daripada dua syarikat korporat – KL Kepong Berhad dan Top Gloves Berhad, masing-masing menyumbang RM100,000.  – Bernama

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]