Teliti tahap keselamatan pelajar UniSHAMS

in Edisi by


KUALA KETIL – Exco Pendidikan Sumber Manusia akan meneliti beberapa langkah untuk meningkatkan aspek keselamatan penuntut Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS) yang tinggal di luar kampus.


Dr Salmee Said berkata, antara langkah boleh diambil ialah dengan menambah kemudahan asrama.


Katanya, pembinaan asrama tambahan bagaimanapun memerlukan tempoh beberapa tahun lagi dan perbincangan lanjut.


“Selain itu, sediakan tempat tinggal berhampiran UniSHAMS dengan adanya pengawal keselamatan yang melakukan pemantauan.


“Atau polis sentiasa pantau keselamatan pelajar di luar,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Konvokesyen Wilayah Utara di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah, UniSHAMS tadi.


Taman Insaniah antara kawasan panas bagi kes jenayah seperti ragut dan curi motosikal melibatkan pelajar .


Pada 31 Julai lalu, Sinar Harian melaporkan sekumpulan pelajar turut menjadi mangsa intai di rumah sewa mereka.


Sinar Harian pada 11 Julai lalu melaporkan, Dewan Himpunan Pemuda Pas menuntut keselamatan di taman berkenaan dan Taman Desa Bidara yang pernah diberi penekanan oleh pihak berkuasa.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]