Tudung diberi nafas baharu

in Bisnes by


SEBAGAI strategi mengukuhkan jenama dalam pasaran, syarikat pengeluar tudung jenama Chenta Qaseh – The Tudung Sarung Expert, CQ Global Sdn Bhd bakal memperkenalkan rekaan tudung sarung bawal terbaharu dalam tempoh terdekat ini.


Pengarahnya, Marina Ismail berkata, syarikat masih mengeluarkan tudung sarung, tapi untuk produk baharu ini ia diberikan nafas baharu.


“Tudung sarung bawal adalah salah satu usaha kami dalam mempelbagaikan tudung sarung,” katanya.


Bercakap mengenai pemilihan konsep bawal, Marina berkata, Chenta Qaseh mengambil pendekatan menginovasikan tudung bawal yang mana sehingga kini masih mendapat tempat dalam pasaran dalam kalangan peminat tudung jenis ini.


“Justeru, tudung sarung adalah identiti kami selama ini. Namun, menerusi rekaan terbaharu ini, kami menggunakan bawal untuk menjadikannya tudung sarung.


“Sebelum itu, kami telah membuat tinjauan dalam kalangan ejen dan rata-rata memberi respons baik mengenai idea reka bentuk produk terbaharu Chenta Qaseh ini.


“Produk terbaharu ini sama dengan tudung sarung sedia ada Chenta Qaseh, tetapi rekabentuknya diambil dari konsep bawal dan menariknya ia boleh dipakai begitu sahaja,” katanya.


Pengarah bersama Chenta Qaseh, Dalila Fisal juga berkata, untuk peringkat permulaan, pihaknya akan mengeluarkan tudung sarung bawal dalam bilangan minimum bagi melihat permintaan di pasaran.


Chenta Qaseh – The Tudung Sarung Expert telah mengeluarkan lebih 20 reka bentuk dan corak, antaranya Elora, Wafaa, Nuraa, Nidaa dan Arlaa.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]