Wabak selesema burung di Tuaran terkawal

in Nasional by


TUARAN – Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Junz Wong menasihatkan orang ramai di daerah Tuaran supaya tidak panik walaupun Kampung Kaulan di daerah tu telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak selesema burung kerana keadaan terkawal.


Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah setakat ini mengenal pasti dua ladang yang dikesan penularan penyakit itu yang akan menyaksikan 28,000 ayam dimusnahkan bermula esok.        


“Ladang pertama dikesan wabak itu menular mempunyai 10,000 ayam dan ladang lain tidak jauh dari ladang pertama dan semua unggas (di kedua-dua ladang) perlu dimusnahkan,” kata beliau kepada pemberita di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Tuaran, di sini hari ini.


Beliau berkata kira-kira 471 penduduk dikesan tinggal dalam lingkungan garis pusat satu kilometer dari lokasi penyakit tersebut dikesan tetapi Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah memperluaskan jarak pemantauan sehingga tiga kilometer.


“Lapan pasukan dari Unit Kesihatan (Jabatan)  akan turun untuk membuat pemeriksaan ke atas penternak dan pekerja di lokasi virus tersebut dikesan.


“Sehingga hari ini, tidak ada tanda-tanda (jangkitan manusia) dan sumber penyakit itu akan disiasat terutama bagaimana ia menular ke kawasan berkenaan,” kata beliau.


Sementara itu, tinjauan Bernama di Kampung Kauluan mendapati Jabatan Perkhidmatan Veterinar membuat sekatan jalan di kawasan itu untuk menghalang sebarang percubaan membawa keluar ayam dari kampung tersebut. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]