Warga emas berbasikal demi penyatuan Pas-BN

in Politik by


KLANG – Hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis dimeriahkan dengan pelbagai coretan menarik.


Antaranya kemunculan kelibat seorang warga emas yang sanggup berkayuh basikal sejauh hampir tujuh kilometer dek kerana teruja dengan semangat penyatuan Pas-BN pada PRK kali ini.


Turut bersamanya sepasang bendera Pas dan BN bagi menyemarakkan semangat penyatuan berkenaan.


“Pak cik hari ini pemerhati sahaja pada hari mengundi ini,  pak cik berbasikal dari Bukit Naga. Pak cik mahu terus semarakkan semangat kerjasama BN dan Pas yang baru-baru ni mereka umumkan.


“Saya nak sebarkan semangat kerjasama BN dan Umno,” kata Hashim Jaafar, 73.


Beliau berbasikal dari Bukit Naga lebih kurang 6.7 kilometer daripada Jalan Kebun pagi ini.


Dalam pada itu, katanya menambah kegembiraannya adalah apabila BN mengumumkan akan bekerjasama dengan parti Islam itu pada PRK Dun Seri Setia.


“Saya daripada dulu suka Pas dan Umno bersatu jadi bila mereka mahu bekerjasama di pilihan raya kecil yang lain saya gembira,” ujarnya.


Terbaru Umno Selangor memberi jaminan menggerakkan jentera parti untuk  membantu Pas di Dun Seri Setia.


Ianya adalah  susulan pengumuman Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa akan memberi laluan kepada Pas dalam PRK Dun berkenaan.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]