Zahirah nafi tuju status pada Zul Ariffin

in Hiburan by
ZAHIRAH MACWILSON. FOTO : INSTAGRAM

Zahirah nafi tuju status pada Zul Ariffin


PELAKON Zahirah MacWilson menafikan status yang dimuat olehnya pada Khamis lalu ditujukan kepada mana-mana individu sebaliknya hanya berkaitan drama Jangan Benci Cintaku.


Zahirah, 23, yang dihubungi mStar Online berkata, dia berasa tercuit hati apabila perkara itu disalah tafsir oleh segelintir pihak sehingga mencetuskan kontroversi sindir menyindir.


“Yea ke (reaksi Zul), tak tahu pula.


“Kelakar juga dengarnya, apa yang saya cakap pasal twist dan ungkit-ungkit itu hanya untuk promo drama Jangan Benci Cintaku sahaja,” jelasnya.


Sebelum ini, tindakan selebriti berusia 23 tahun ini memuat naik status di Instastory miliknya pada malam semalam menimbulkan spekulasi ramai.


Kebanyakan pengikut seolah-olah melihat, Zahirah menujukan status berkenaan kepada bekas kekasihnya, mungkin Zul Ariffin.


Kenyataan berbaur sindiran itu menjelaskan bahawa individu dimaksudkan itu sudah memutar belit cerita, berlagak menjadi mangsa, menyalahkan orang lain dan suka bermain cinta.


“Twist, ungkit, acah-acah jadi mangsa, tuduh orang lain, sini I love you, sana I love you. Dia buat takpe.


“Kamu tahu siapa yang saya maksudkan,” tulisnya.


Ramai beranggapan Zahirah menujukan status itu kepada Zul selepas gambar pelakon Hantu Kak Limah ketika di Phuket bersama seorang wanita yang berasal dari Ukraine, tersebar di Internet.


Bagaimanapun, Zul, 32,menjelaskan mengenali wanita itu ketika dia berada di sana untuk menjalani sesi latihan seni mempertahankan diri.


Sementara itu menerusi laporan mStar Online, Zul pada masa yang sama turut memuat naik mesej di Instastory seperti membalas kenyataan pelakon Jangan Benci Cintaku itu dan meminta dia untuk meneruskan kehidupan baharu.


Zul berkata, dia seorang yang sibuk dan tiada masa untuk melayan budak-budak yang inginkan perhatian.


“Get yourself together, get grip and move on lah dik. Abang sibuk, nak layan sindrom budak-budak baru yang nak dapat perhatian,” ujarnya.


Selain itu, Zul turut mengulang posting yang dimuat naik rakannya bahawa dia tidak memerlukan 15 artikel media untuk membuktikan dia sudah pulih daripada kekecewaan lalu.


Bagaimanapun aktor berbadan sasa ini dilihat sudah pun memadamkan posting tersebut beberapa jam selepas dimuat naik.


Zul pada April lalu mendedahkan hubungan percintaan yang dibina selama tiga tahun bersama Zahirah sudah berakhir pada Mac 2018.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]